Tuesday, January 11, 2011

cara cara menaip zaman ini yang membuat orang c0rNfu3e !

hello again,
today we feel like embracing our nationality.
jadi hari ini, blog ini akan ditulis dalam bahasa Melayu but we still might slip in some english k.
jangan la judge, BM masa SPM si penulis ni dapat C okay? hampa tau, lagi lagi dah pegi tuisyen Cikgu Razman. rasa macam nak email para para pe-mark kertas macam eh you olz PMS eh masa right paper kita?
haha okay SPM terlalu lama dahulu untuk kesal sekarang.

hari ini, we nak sentuh perkara yang mungkin sensitive bagi sesetengah pihak tapi ia harus ditegur. Pernah tak online facebook dapat message dari AbG_r0yC3 cakap h3yz b0l3h k3nal!?!?>> jadi hari ini, we nak cakap pasal cara cara menaip yang boleh dibuat gaduh sebab pening sangat dan mengambil masa 10 minit untuk baca sentence yang hanya 4 patah perkataan. orang-orang yang tulis macam ni boleh bahagi kepada beberapa kategori.

1. perkataan- perkataan yang di eja menggunakan nombor.
 a. H3y 4w4k 4p3 k48ar? (hey awak apa khabar?)
 b. t0l0n9 c0mm3nt 94mb4 k1t3(tolong comment gamba kita)
c. 4w4k n1 k10t la (awak ni cute la)

kepada si penulis dalam categori ni,berapa lama awak ambil untuk tulis satu ayat? kenapa awak nak membazir masa awak untuk memikirkan nombor yang serupa dengan perkataan ini. bukan sahaja awak membazir masa awak, tetapi kami si pembaca ni. dah elok elok dekat laptop ni cukup huruf kenapa kena buat consep etnik kreatif sangat gunakan nombor nombor jugak?

2.perkataan- perkataan besar kecik besar kecik.
a. HaIiii wAt pE tUuU? SiBuKk kE? (hai buat ape tu? sibuk ke?)
b. SoRrY gAnGgU, nAk KeNaL BoLeH? (sorry ganggu, nak kenal boleh?)

Oh My My mY! kenapa aktif sangat jari jemari tu nak kena shift tak shift , shift tak shift. yang ini ada dua contoh je sebab lagi penat dari imitasi penulis kategori pertama. dan untuk pengetahuan orang orang suka tanya seperti (B) the answer is hell no yaw. sAkIt MaTta KiTa KaLaU SmS.

3. Perkataan dan ayat-ayat yang terlebih penanda wacana dan symbol-symbol.
a. HAI!!!!!!!!!!!!?!?!!?!!!! Buat Ape tu!?!?!!!!!!!!!!,,,... (hai! buat ape tu?
b. b!la [arut m@lam,.... +ara k(_)ca ,......,,` +ara k(_)ca kacir. ( bila larut malam, tara kuca.tara kuca kacir)
c. $!ap@ b![@n9 9ad!s meL@yu x(darab punya sign) meNa1!?!?!?!!!! ( siapa bilang gadis melayu tak menawan)

?!?!!!!!!!!!!!!!!! marah sanga pesal ha?!!???!!??!?! kau pehal!>!``~~~ nak Gaduh!?!?!~`>>,<

4. perkataan perkataan yang dipendekkan over over.
a. ap masla aw? (apa masalah awak)
b. tgn cya mls sgnt utuk taib elk2 ( tangan saya malas sangat unuk type elok elok)
c. buzz 0:00 a tlis pno2 ( bazir masa la tulis penuh penuh)


ya Allah para penulis, beza dia dua saat je kot.

5. perkataan perkataan yang di campur w dan z dan x yang tak perlu secara excessive (dan juga diganti dengan huruf huruf tersebut)
a. awakx niwz owankz kewz aliyenz ejaw banyak zangawt wxzzz niwz? (awak ni orang ke alien eja banyak sangat wxz ni?)
b. kiyutz nyew owankz dalam profilez niw (cute nya orang dalam profile ni)

dan kategori ni paling kronikals of narnia, orang yang campur semua kategori ini.
a. k!t3w w!ndu c@r+ aW0kz!!??~~!~````
b. m3! i Pl3As3 H4d y0(_)'r3 nOmB(_)r ?!?
c. n4h! K!t3w w4r+ r0$3 t0k 4w4k! @--->---

sebnanya banyak lagi tapi penat dah nak menulis camni. dah 2 jam tulis tau!

sebab segala apa yang ditulis sangat confusing, ada kemungkinan besar akan dapat layanan macam ni, dari kebanyakan orang:
a.faham pon idok,bunyi macam nak pinjam kereta. ada c@r la nampak.
b. my name is not m3! k.you want to had my are number? tapi i tak bagi lagi macam mane dah had ni?
c. tak paham satu benda pon dalam sentence awak kecuali tok. dan tok tok jangan main ah bro.

or maybe not, ramai je yang the c0rNfu3e penulisan work both ways. dua dua pon sama.
apa yang kitorang nak cakap adalah, tiada kebaikkan langsung para para penulis bahasa c0rnfu3e tulis camtu melainkan tujuan sebenar anda adalah untuk tulis secara code. konon nak beberapa orang je la faham. tapi tolong lah, kalau tujuan anda adalah untuk tampil lebih berpersonaliti atau put some spice into this awesome sauce, atau untuk dapat awek (GELAK GULING GULING BESAR BESAR TAK INGAT DUNIA) anda menghala ke jalan yang salah! takde orang nak baca penulisan fancy pancy terbalik tunggang langgang awak tu. buang masa, buang tenaga gelak dan quite honestly tambah dosa. kena la admit kesalahan kita dah kalau nak tunjuk kesalahan orang tak gitu?

panjang sangat dah ni, thanks for reading my attempt at bahasa ibunda.
akhir kata, write right !

xxx, L!nD4 anz``` Ch3w3eN !$r3eN !

No comments:

Post a Comment